17 August 2010

CONSTRUCTION INDUSTRY DEVELOPEMENT BOARD MALAYSIA (CIDB)

Fungsi CIDB (CONSTRUCTION INDUSTRY DEVELOPEMENT BOARD MALAYSIA)

  • Memajukan dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan;
  • Menasihati dan membuat syor-syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan;
  • Memajukan, menggalakkan dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan industri pembinaan;
  • Memajukan, menggalakan dan membantu eksport perkhidmatan berhubung dengan industri pembinaan;
  • Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan;
  • Memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan;
  • Menggiatkan penstandardan dan pembaikan teknik pembinaan dan bahan binaan;
  • Mendayausahakan dan menyenggara sistem maklumat industri pembinaan;
  • Mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaras program latihan yang dianjurkan oleh pusat latihan pembinaan awam dan persendirian bagi pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan;
  • Meakreditasi dan mendaftar kontraktor-kontraktor dan untuk membatalkan, menggantung atau memasukkan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar; dan
  • Meakreditasi dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan.
Contoh Kad Hijau / CIDB.


Apakah Kad Hijau?

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kad Hijau?

Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web http://www.cidb.gov.my. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat.

Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails